It is compatible with Windows Vista,Xp and 2000 Sp 3+.A must try out!!!Highly Recommended for all users.
|
* Save this file as Find_Target.bat in the root drive of your OS(directly in the drive where Documents and Settings, Program Files and WINDOWS reside)
* Run Find_Target.bat (Just press Enter!)
|
|
Some expletive language in here, so be advised.
|
Mekanisme Pertahanan
Ramai ahli psikologi kontemporari yang menolak bulat-bulat pendapat Freud tentang wujudnya minda bawah sedar kerana apa yang dibentangkannya tidak dapat dibuktikan secara logik. Apa-apa pun, aku rasa apa yang dibentangkannya tidak boleh ditolak bulat-bulat, lebih-lebih lagi mengenai proses mental yang wujud untuk melindungi minda kita dari sebarang ancaman. Proses ini dikenali dengan nama mekanisme pertahanan. Berikut adalah beberapa mekanisme pertahanan yang mahu aku senaraikan di sini:
Denial (Menyangkal Kenyataan)
Mekanisme pertahanan berlaku di bawah sedar. Segala-galanya yang akan dibincangkan di sini adalah kaedah kita melindungi imej peribadi kita. Abang sebagai contoh, apabila terpaksa berhadapan dengan satu kenyataan dengan dirinya yang sukar untuk diterimanya, dia akan menyangkal kenyataan itu dengan seboleh-bolehnya. Abang tidak pernah mahu mengaku bahawa dia adalah seorang pemarah. Sudah banyak kali aku memberitahunya kadangkala mak sendiri takut melihatkan keadaannya ketika sedang marah. Abang akan menyangkal kenyataan bahawa dia mempunyai masalah untuk mengawal perasaan marahnya dengan mengatakan bahawa semua orang berhak mempunyai perasaan marah dah perasaan marahnya adalah sesuatu yang normal.
Represi
Seperti mak, abang mempunyai
kecenderungan untuk membukukan memori-memori silamnya jauh ke dalam
hatinya. Segala apa yang berlaku sebelum 6/6 mahu dilupakan oleh mak.
Abang sendiri, tidak mahu mengingati segala apa yang telah berlaku
sebelum tarikh itu.
Pada tarikh itu, aku dilahirkan.
Represi memori adalah memori yang ingin kita lupakan. Tetapi perlu diingatkan bahawa ia berlainan dengan lupa biasa, seperti lupa membuat kerja rumah dan lupa memberi makan kepada haiwan peliharaan kita. Kita tahu ia adalah satu represi apabila sesuatu berlaku untuk mengingatkan kita kepada memori yang mahu kita lupakan, kita akan menjadi marah atau resah secara tiba-tiba.
Aku akhirnya mendapat tahu mengapa abang begitu membenci ku apabila aku mendapat tahu bahawa bentuk mata ku mengingatkan dirinya kepada ayah...
Reaction Formation (Pembentukan Reaksi)
Menurut Freud, pembentukan reaksi adalah satu mekanisme pertahanan yang perasaan yang menimbulkan kegelisahan akan digantikan dengan sesuatu yang berlawanan. Seorang yang takut dikeji kerana perkara yang difikirkannya berlawanan dengan tatasusila sosial, akan beraksi seolah-olah dirinya menjauhi perkara yang ditakuti itu.
Contoh-contoh perlakuan pembentukan reaksi:
-- Seorang lelaki homoseksual memapar dirinya sebagai seorang heteroseksual yang bersikap homofobik, kononnya dengan membenci golongan gay, dia akan dianggap sebagai seorang lelaki heteroseksual oleh orang-orang yang mengenalinya.
-- Seorang yang gila seks yang beria-ia berkempen tentang keburukan pornografi, malah menampilkan dirinya sebagai seorang yang alim.
-- Abang yang amat-amat membenciku sejak aku dilahirkan baru-baru ini menunjukkan dia mahu berbaik-baik dan berkawan denganku.
Pelaziman klasikal dan operan
Apa yang menarik sekali
dengan pelaziman klasikal adalah ia telah ditemui secara tidak sengaja
oleh seorang ahli fisiologi, Ivan Pavlov. Dia mempelajari kaedah
pembelajaran ini ketika sedang melakukan uji kaji secara sistematik dan
saintifik (baca: kejam!) terhadap sistem penghadaman anjing.
Ketika melakukan uji kajinya, dia akan meletakkan serbuk daging ke mulut beberapa ekor anjing. Tiub untuk mengumpul air liur pula disambungkan ke dalam mulut anjing-anjing ini. Dia mula sedar bahawa anjing-anjing ini akan mengeluarkan air liur sebelum dia memberi serbuk daging kepada mereka. Kemudian, anjing-anjing ini akan mengeluarkan air liur sebaik sahaja mereka yang ditugaskan untuk memberi mereka makan masuk ke dalam bilik uji kaji. Apabila melihat fenomena ini, dia mula melupakan tentang uji kaji sistem penghadapannya lantas memulakan kajian kepada apa yang kini dikenali dengan nama kajian Pelaziman Klasikal (dia seterusnya menggunakan loceng untuk uji kajinya ini).
Sebelum Pelaziman
RTT (makanan) ------> GTT (keluar air liur)
RT (loceng) ------> Tak ada GT (air liur tidak keluar)
Semasa Pelaziman
RT (loceng) + RTT (makanan) -----> GTT (keluar air liur)
Selepas Pelaziman
RT (loceng) -------> GT (keluar air liur)
***
Kekunci:
RTT = Rangsangan Tak Terlazim (Unconditioned Stimulus)
RT = Rangsangan Terlazim (Conditioned Stimulus)
GTT = Gerak Balas Tak Terlazim (Unconditioned Response)
GT = Gerak Balas Terlazim (Conditioned Response)
Penemuan ini digunakan untuk menyokong satu idea yang menyatakan bahawa kita akan melahirkan tindak balas kepada stimulus yang tidak bersifat semula jadi. Sebagai contoh, penduduk-penduduk Kota Sendayu yang mengalami gangguan trauma setelah mengalami peristiwa 6/6 secara peribadi, akan panik jika mereka mengalami gangguan elektrik di waktu malam (kerana inilah yang telah berlaku apabila tercetusnya peristiwa 6/6 dahulu - kegelapan telah menyelubungi Kota Sendayu diikuti dengan satu letupan yang maha dahsyat telah menyebabkan banyak bangunan musnah di daerah Accra).
Di dalam hal ini, kita dapat mentafsirkan bahawa segelintir warga Sendayu yang takut akan berlakunya gangguan elektrik (malah kegelapan - Rangsangan Am) akibat Pelaziman .
Rangsangan Tak Terlazim dalam hal ini adalah peristiwa 6/6. Gerak Balas Tak Terlazim adalah trauma, murung, rasa takut, kegelisahan dan beberapa lagi emosi negatif. Gangguan elektrik bermula sebagai Rangsangan Terlazim akhirnya mampu mengakibatkan Gerak Balas Terlazim, iaitu panik.
Pelaziman operan merupakan kaedah pembelajaran yang agak sama dengan apa yang telah dibincangkan sebelum ini. Ia adalah satu kaedah pembelajaran melalui tindakan kepada apa yang harus kita hadapi di sekeliling kita.
Untuk memahami pelaziman operan dengan le
Teori Triarchic Sternberg
Ahli psikologi dari Universiti Yale, Robert Sternberg, menganggap kecerdasan adalah sesuatu yang bersangkut paut dengan pemprosesan informasi. Dia menkaji bagaimana informasi 'mengalir' ke dalam diri kita justeru bagaimana informasi ini berubah mengikut keperluan lingkungan kita. Analisis yang dilakukannya akhirnya muncul sebagai model kecerdasan bercabang tiga (atau triarchic). Cabang-cabang yang dinyatakannya adalah komponen (componential), pengalaman (experiential) dan konteks (contextual).
Sternberg mengakui bahawa seseorang individu tidak semestinya mempunyai satu sahaja kecerdasan yang disebutkannya. Ada individu yang mempunyai integrasi ketiga-tiga cabang kecerdasan ini dengan menunjukkan tahap kecerdasan yang tinggi.
Kecerdasan Komponen (Componential Intelligence)
Kecerdasan seseorang individu seperti aku dalam bidang akademik bolehlah dipanggil sebagai kecerdasan komponen. Kecerdasan menganalisis merupakan ciri utama kecerdasan ini. Aku dikatakan mempunyai kecerdasan luar biasa sehinggakan aku dinaikkan beberapa gred. Dalam usia 11 tahun, aku dimasukkan ke dalam kelas senior di sekolah tinggi Henry McCoy.
Kecerdasan Pengalaman (Experiential Intelligence)
Kecerdasan ini bolehlah dijelaskan ertinya dengan kreativiti. Kecerdasan ini bolehnya dilihat sebagai kebolehan untuk mengatasi situasi baru lantas mempelajari dari situasi tersebut. Amy Kamen, pelukis Sikapitan sebagai contoh dengan pantas dapat menyesuaikan kes-kes pembunuhan ke atas beberapa pegawai tertinggi Halcyon Corp. kepada penceritaannya di dalam siri komik Sikapitan yang terbaru.
Di dalam ceritanya ini dia memperkenalkan watak jahat bernama Muqarribun, seorang ahli sihir yang menjadi musuh baru kepada Sikapitan!
Kecerdasan Konteks (Contextual Intelligence)
Ada sesetengah orang yang mampu mengadaptasi diri mereka di dalam apa sahaja situasi yang di tuntut di dalam lingkungan mereka. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini pandai mengorak langkah untuk berjaya di dalam hidup. Abang sebagai contoh bukanlah seorang yang cemerlang dalam bidang akademik, tetapi dia sering mendapat markah yang agak baik untuk subjek yang diambilnya di universiti.. Dia boleh membuatkan kawan-kawan sekuliahnya untuk meminjamkan nota kepadanya kerana dia selalu tertidur di dalam kuliah. Abang pandai mengambil hati pensyarah-pensyarahnya, terutamanya pensyarah wanita. Bukan itu sahaja, abang juga mempunyai hubungan yang rapat dengan Puan Lydia walaupun kita semua tahu dia jarang dapat didekati oleh sembarangan orang - lebih-lebih lagi sejak suaminya meninggal dunia di dalam peristiwa 6/6. Mungkin ada sesuatu yang ada di dalam diri abang yang mampu membuatkan Puan Lydia senang berada di sampingnya...
Selain dari Teori Triarchic ini, Sternberg ada membentangkan ideanya tentang kendalian minda sebagai satu komponen bersiri. Komponen-komponennya adalah seperti berikut:
- Metakomponen
- Komponen pelaksanaan
- Komponen perolehan pengetahuan
Lebihan justifikasi: paradoks efek ganjaran
Pernah kah kita sedari bahawa kita akan bekerja dengan lebih tekun dengan lebih kreatif apabila kita melakukan sesuatu disebabkan oleh minat, kepuasan dan cabaran kerja tersebut dan bukan kerana tekanan luaran dan ganjaran?
Mark Twain, seorang penulis terkenal dari abad ke-19 pernah memerhatikan perihal ini malah menulisnya di dalam bukunya yang bertajuk Tom Sawyer:
"Terdapat golongan bangsawan di England yang membawa kereta kuda penumpang dengan empat ekor kuda dua puluh atau tiga puluh batu hampir setiap hari, pada musim panas, kerana perbuatan ini melibatkan kos yang tinggi bagi mereka; tetapi jika mereka ditawarkan dengan gaji ke atas perkhidmatan mereka, yang akan mengubahkan kegemaran mereka ini kepada satu bentuk pekerjaan, mereka akan berhenti melakukannya."
Efek paradoks ini nampaknya adalah satu kontradiksi kepada teori behaviourisme seperti yang dibentangkan oleh B.F. Skinner yang mengatakan bahawa manusia secara am mendapatkan motivasi untuk melakukan sesuatu dengan adanya ganjaran.
Nampaknya hipotesis Mark Twain ini jelas menunjukkan kita tidak semestinya mendapatkan motivasi melalui ganjaran untuk melakukan sesuatu.
Motivasi Intrinsik
Motivasi Intrinsik adalah apabila aku mempunyai motivasi untuk melakukan sesuatu melalui faktor dalaman. Motivasi intrinsik inilah yang memberikan aku bersemangat untuk mencipta beberapa gadget untuk digunakan oleh Sikapitan kerana aku rasakan aku perlu melakukan ini semua demi kebaikan walaupun aku dianggap gila oleh orang lain (kerana mereka menegaskan Sikapitan hanya watak komik yang tidak wujud di dunia nyata).
Apabila aku menganalisis apa yang dilakukan Sikapitan, adakah dia menjadi adiwira dengan adanya motivasi intrinsik ini? Kerana setahu aku, Sikapitan tidak dibayar gaji atau mendapat apa-apa ganjaran. Tetapi, jika dia melakukan khidmat masyarakatnya untuk menunaikan satu tanggungjawab, maka dia melakukan pekerjaannya ini dengan adanya motivasi ekstrinsik yang datangnya dari faktor di luar dirinya...
Motivasi ekstrinsik
Kebiasaannya, motivasi ekstrinsik digunakan oleh majikan untuk memberi motivasi kepada pekerja: seperti gaji, ganjaran, pengiktirafan dan hukuman. Aku sebagai contoh belajar dengan bersungguh-sungguh kerana Puan Lydia akan memberikan ganjaran wang kepada ku setiap kali aku mendapat keputusan yang cemerlang di sekolah.
Walau bagaimanapun, perlu dijelaskan di sini bahawa terdapat paradoks di antara motivasi intrinsik dan ekstrinsik. Motivasi intrinsik lebih kuat jika dibandingkan dengan motivasi ekstrinsik, akan tetapi, motivasi luaran dengan pantas dapat menggantikan motivasi intrinsik (perhatikan efek 'lebihan justifikasi' di bawah).
Apa yang telah diperhatikan oleh Mark Twain mungkin ada kebenarannya. Apabila kita diberikan ganjaran untuk melakukan apa yang kita sukai seperti membaca, bersukan dan menonton filem, kita mungkin akan hilang sedikit rasa motivasi untuk melakukan perkara-perkara yang kita sukai ini. Fenomena ini dikenali dengan nama 'lebihan ganjaran' atau 'lebihan justifikasi'. Apabila perkara ini berlaku, kita akan mula berfikir aktiviti yang kita lakukan itu tidak dapat lagi mencetuskan keseronokan. Apa yang pada mulanya dianggap sebagai hobi akan berubah kepada 'kerja'.
Emosi
Apakah itu emosi? Apakah itu perasaan? Ahli-ahli falsafah telah berdebat tentang perkara ini sejak beribu-ribu tahun dahulu. Aku sendiri kadangkala berfikir jika sekiranya haiwan seperti Muerte si burung nasar mempunyai perasaan seperti manusia? Adakah haiwan sepertinya mempunyai emosi untuk merasa sedih dan gembira?
Kali ini, aku ingin membentangkan beberapa teori yang bersangkut-paut dengan perolehan emosi seperti mana yang dikaji oleh beberapa ahli psikologi.
Teori James-Lang
Emosi yang kita alami boleh
disebabkan oleh faktor luaran dan dalaman. Setiap kali mak terkenangkan
keadaan dirinya yang terpaksa membesarkan aku dan abang tanpa ayah, dia
akan merasa sedih. Apabila aku menonton rancangan komedi di TV, aku
akan ketawa. Menurut teori James-Lang, emosi disebabkan oleh perubahan
yang berlaku kepada beberapa perubahan pada perubahan fisiologi tubuh
badan.
Aku akan mengambil contoh satu episod di dalam komik Sikapitan: seorang wanita yang sedang berjalan di sebuah lorong yang sunyi pada malam hari. Dia mendengar bunyi tapak kaki seorang yang sedang mengekorinya. Dia dapat merasakan bulu romanya berdiri tegak. Dia sedar akan perubahan fizikalnya lalu melihatnya sebagai cara tubuhnya cuba bersiap sedia untuk menghadapi satu situasi yang menakutkan. Hanya selepas itu wanita itu akan mengalami apa yang dikenali sebagai ketakutan.
Peristiwa --> Rangsangan --> Interpretasi --> Emosi
Teori Cannon-Bard
Menurut
teori Cannon-Bar, kita akan mengalami rangsangan fisiologi dan emosi di
dalam masa yang sama, tetapi tidak akan memberi sebarang perhatian
terhadap peranan pemikiran ataupun perilaku.
Contoh: Si wanita yang berjalan di dalam lorong gelap itu mendengar bunyi tapak kaki lalu mula menggigil ketakutan. Jantungnya berdegup keras dan nafasnya turun naik dengan pantas. Di dalam masa yang sama apabila berlakunya perubahan fisiologi ini, dia juga rasa takut.
Peristiwa --> Rangsangan --> Emosi
Teori Schachter-Singer
Teori ini berpendapat bahawa saranan persekitaran adalah sama pentingnya untuk mengalami sesuatu emosi.
Contoh: Si wanita yang berjalan di dalam lorong gelap itu mendengar bunyi tapak kaki lalu mula menggigil ketakutan. Jantungnya berdegup keras dan nafasnya turun naik dengan pantas. Apabila dia melihat dirinya yang ketakutan ini, dia mula sedar bahawa dia sedang berjalan di dalam lorong sunyi dan gelap ini seorang diri. Dia tahu perbuatan ini mengundang bahaya (lebih-lebih lagi di beberapa bahagian Kota Sendayu yang sememangnya berbahaya terutamanya di malam hari) dan akibat kesedaran inilah dia merasakan emosi rasa takut.
Peristiwa --> Rangsangan --> Penyebab --> Emosi
Teori Ekspresi Muka
Menurut teori ini, ekspresi muka ataupun air muka dikatakan sebagai satu bayangan kepada jiwa manusia. Jika ekspresi muka seseorang itu berubah, maka berubahlah emosinya. Dalam erti kata lain, ketika aku senyum, aku sebenarnya berada dalam keadaan bahagia. Ketika aku bersedih pula muka aku akan masam.
Contoh: Si wanita yang berjalan di dalam lorong gelap itu mendengar bunyi tapak kaki. Matanya terbeliak, wajahnya terkerut seribu, dia mengetapkan giginya. Mindanya mentafsirkan perubahan pada wajahnya sebagai ekspresi perasaan takut. Maka apa yang dialaminya adalah emosi ketakutan.
Peristiwa --> Perubahan Ekspresi Wajah --> Emosi
Aku kurang pasti jika aku dapat menerima Teori Ekspresi Muka ini dengan hati yang terbuka. Aku berkata demikian kerana aku lihat abang sering menampilkan ekspresi muka yang berlawanan dengan emosi sebenarnya. Ketika dia takut, dia tak akan menunjukkan kepada aku bahawa dia takut. Ketika dia sedih (dan aku sekarang tahu abang ini melankolik orangnya), dia akan menunjukkan wajah yang gembira. Pendek kata, abang pandai menyembunyikan emosi agar orang lain tidak mengetahui isi hatinya yang sebenar. Abang pandai berpura-pura...
NB: Di dalam siri komik Sikapi
Pretty Ugly - Diari Seorang Lelaki Dari semalam ku tunggu Fikir kau pulang ke pangkuanku Ku dengarkan lagu cinta Pilihan... read more
on Diari seorang lelaki